Assalamualaikum WBT :) Entry kli ni aku nk cakap psl Hijrah. Benarlah kata org, bkn senang kita nk berubah, lebih2 lagi pd bnd yg kita dh biasa buat. Wajib bg aku selalu ingatkn diri aku, kena sentiasa kuat dn teruskn berdoa. Okay, aku berubah takde laa terus paapppp! mcm ustazah2, kekakak yg cecomel berniqab ktluar tu. Aku bermula dgn handsocks. Tapi sblm tu niat mesti Lillahi Ta'ala (niat kerana Allah SWT) bkn sbb utk menunjuk-nunjuk. Memanglah mula2 rasa mcm takselesa la, bila cuaca panas terik rasa nk tanggal laa (rse nk lipat2 lengan baju sampai ke siku kan), nasib baiklh keje ofis, duduk aircond so tu takde masalah bg aku. Lepastu berjinak-jinak kaki ni disarungkan dgn sarung kaki. Iyaaa kaki pn hukumnya aurat ye syg :) Pesan si ibu kpd anaknya hikhik. Lpstu aku memberanikn diri dgn penampilan bertudung labuh, sekali lagi tidaklah selabuh mcm tudung ustazah tuu, lebarlaa sikit, menutup dada dan sopan (ayu2 gittuww) haa bila dh bertudung labuh, pakai handsocks, stokin, automatik baju2 yg kita pakai pun rse nak pakai yg labuh2, yg besar2, mcm baju baju muslimah yg kini hangat dipasaran tu. Kalau korang perasan, skrg ktmana-mana ade je yg jual pakaian yg menutup aurat. Kt pasaraya, kedai2 tepi jln mahupun di internet mcm instagram :) Alhamdulillah, so far aku rasa lebih baik begini. Maksud aku, bila menutup aurat dgn sempurna automatik jgk akhlak, tutur kata kita juga kita nk jaga. Kalau dl ye aku mengaku aku senang sgt terikut dgn kwn2 (aku tak kata yg aku slhkn kwn2 aku) cuma masa tu aku tak fikir dosa dan azab yg bakal aku hadapi kt alam sana nanti. yg aku fikir masa tu cuma keseronokan n nk ikut style kengkwn. Apa kwn buat semua aku nk ikut. Baju nak fit, tudung nak singkat, Astaghfirullahalazim. Mengucap pnjg bila aku mengenangkan kisah silam aku. Rasa semua duka belaka, penuh dgn dosa. Mesti masa tu mak n abh aku sedih sgtkan? Aku sedar, dah terlalu banyak sgt dosa yg aku buat masa zaman jahiliah aku dulu. Kini aku yakin (kena yakin, wajib yakin) aku mampu buat yg terbaik utk diri aku. Bkn utk aku sorang, utk mak abh aku sekali. Aku taknak nnt mak abh aku dimasukkan ke neraka disebabkn ank perempuannya tak menutup aurat dgn sempurna. Apa yg aku impikn sekarang bkn kebahagiaan didunia sahaja, kebahagiaan akhirat jg penting. Yelah, kita kt dunia ni kan sementara. Mati kita pn taktahu bila. Ajal maut semua ditangan Tuhan, bukan? :) Selain tu, dgn siapa aku berkwn, dgn siapa aku bergaul pn dpt membantu aku ber'hijrah'. Dalam masa yg sama,aku bersyukur sgt2 Allah menghantar org2 yg tepat pd waktunya utk membantu aku dlm meniti hari-hari sbg seorang muslimat yg sempurna. Mungkin jgk berkat doa mak n abh yg nk anak perempuannya mnjd ank yg solehah. Selain mak n abh yg bg nasihat, ade lg dua insan istimewa yg byk membantu n bg kata-kata nasihat, ayat-ayat pedas yg byk menyedarkn aku taklekang dari mulut diorang sampai sekarang. Diorang ni jgk yg paling aku syg n paling aku sayanglah smp bila-bila pn aku janji ! *okay tu ayat Asyraff aku cedok* haha..kalau boleh biarlh berpanjangan sampai Firdausi InsyaAllah... Dua org tu ialah...jeng jeng jengggg! hehe..kak sedagha aku (nama dia Fatin tp skg biasa pgl Fafa je) andddd ofcoursela my only one. :) Asyraff aka penasihat, penjaga, pengawal, pengetua, pe..pe..pe..semualah! :p Ada satu hari tu (kt Tesco Setia Alam kitorg kelua makan sesama) Asyraff ade hadiahkn kt aku satu buku ni tajuk dia "Aurat Mahkota Wanita" yg ditulis oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari n Haliza Hj Aris. Sampai sekarang aku masih jaga dan ku simpan rapi didlm sebuah kotak yg muat2 utk buku tu je dgn sehelai baju muslimah yg cantik berwarna purple belang2 putih. (musykilnya tahu pulak dia saiz baju aku ye). Haa tulah pertama kali aku ada baju muslimah, sblm ni tgk adik2 aku je yg pakai huhuhu..dgn kak fafa, dia ada ajk pegi kelas2 agama, mcm majlis Ta'lim kt entry sblm ni, pegi usrah, senang cerita majlis2 ilmu yg dpt memberi kita lebih penghayatn dan dlm masa yg sama lebih mengenali ajaran Islam yg sebenar serta mendorong diri lebih dekat dgn Allah SWT. Aku brharap semoga aku terus kekal beristiqomah dlm apa jua yg aku lakukan utk mendapatkn keredhaan Allah. Ada satu ayat mengatakn "Redha Allah terletak pada redha mak abh". sebabtu kena syg mak abah lebih hehe..
"Aurat adalah kehormatan wanita yg perlu dipelihara. Allah SWT telah menjadikn wanita ini cantik dan menarik. Oleh yg demikian setiap wanita perlu mempertahankn kecantikan ini dan bersyukut di atas anugerah yg telah diberikan oleh Allah bukan menyalahgunakannya. Islam amat menyayangi wanita sebab itulah Islam menggariskn beberapa ketetapan dan panduan agar kemuliaan dan kehormatan wanita dijaga dgn baik. Islam tidak menghalang perkembangan fesyen tetapi fesyen perlu mengikut kehendak syarak yg akhirnya ia akan memelihara wanita dari diganggu dan dieksploitasi."
:sumber dari buku Aurat Mahkota Wanita
No comments:
Post a Comment